Monday, October 22, 2012

menu diet saya~

assalamulaikum semua..lama tul x menaip menambah perasa kat sini. memandangkan hari ni macam rajin je (hari lain malass lah).jadi disini dikongsikan menu diet saya semasa berpantang + lepas pantang (walaupun xde saper yg baca..hahaha).Alhamdulillah berjaya mengecilkan diri sikit dan turun berat badan dari 78kg ke 68kg dalam tempoh 5-6bulan(insyaAllah akan cube maintain)..chaiyokk...

Menu masa berpantang ( 6minggu)


Pagi/Tengahari/Malam

Roti bakar - 2keping
Milo/Kopi O (mmg o xde gula tau) 

Makan nasi (herbaponni) - 2 senduk *sesape suke beras perang pun ok
Ikan bilis goreng + lada hitam/Sup Ikan merah (minggu pertama je..pastu muakk)
Sayur hijau rebus/goreng sikit
Air Suam 

Menu lepas pantang

Pagi

Minum susu alpha lipid lifeline
Makan habbatusauda 2biji.

kat ofis (sila pelbagaikan)
Makan nasi lemak/roti canai
Air kosong/Kopi O


Tengahari
Makan nasi putih/laksa/ape-ape yg teringin
sayur-sayuran/ulaman + belacan
ikan/ayam/daging (elakkan kuah berlemak..toksah timba2 kuah)
air kosong/barli suam

Malam (sebolehnya makan sebelum jam 8mlm)
Nasi putih
sayur-sayuran/ulaman (banyakan ulam pahit..lagi pahit lagi bagus)
ikan/ayam/daging
air kosong


Elakkan fastfood..ais..air berkarbonat(mmg xminum dah sejak berpantang)..klu teringin sangat boleh la sikit2..tp klu iman xkuat baik xpayah ..hehehe...sekali sekala nak makan xpe..janji jangan lebih2..nak lagi extra boleh bersenam (saya xbersenam pung..xsempat aka malas..eh..).

jadi kesimpulannya ape yang penting jaga pemakanan..sangat mudah dan senang..yang penting bukan nak kurus tau..nak sihat..insyaAllah bonusnya dapat kurus juga...selamat mencuba..(^^)~




No comments:

Post a Comment