Wednesday, February 11, 2015
Assalamualaikum dunia..
Assalamualaikum dunia..
lama tul xjenguk blog ku ini.dua tiga kali jugak try password error.. hehehe.. kehidupan seperti biasa segalanya luar biasa setiap hari.. hihihi.. seronok ditemani suami tercinta yang sentiasa ado disisi selepas 3tahun pjj ^_^ dan terutama dak tecik ku itew.hampir 2 tahun dah.Alhamdulillah syukur jeki Allah SWT. lovexlove
Tuesday, February 12, 2013
12 tahun , 1 tahun 3bulan dan 8 bulan
semoga dipermudahkan dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehan serta diberi kesihatan oleh Allah SWT. Aminn..
Sunday, November 18, 2012
Alhamdulillah
alhamdulillah..hari ni genap setahun selepas kami di ijabkabulkan pada 19/11/11..semoga rumahtangga kami lebih rukun , aman bahagia dan diberkati oleh Allah SWT.Menjadi pasangan yang soleh dan solehah serta dikurniakan zuriat yang soleh..amin...saya sayang suami saya..alhamdulillah terima kasih Allah..
niza (^^)~
Monday, October 22, 2012
menu diet saya~
Roti bakar - 2keping
Milo/Kopi O (mmg o xde gula tau)
Makan nasi (herbaponni) - 2 senduk *sesape suke beras perang pun ok
Ikan bilis goreng + lada hitam/Sup Ikan merah (minggu pertama je..pastu muakk)
Sayur hijau rebus/goreng sikit
Air Suam
Menu lepas pantang
Pagi
Minum susu alpha lipid lifeline
Makan habbatusauda 2biji.
kat ofis (sila pelbagaikan)
Makan nasi lemak/roti canai
Air kosong/Kopi O
sayur-sayuran/ulaman + belacan
ikan/ayam/daging (elakkan kuah berlemak..toksah timba2 kuah)
air kosong/barli suam
Malam (sebolehnya makan sebelum jam 8mlm)
Nasi putih
sayur-sayuran/ulaman (banyakan ulam pahit..lagi pahit lagi bagus)
ikan/ayam/daging
air kosong
Elakkan fastfood..ais..air berkarbonat(mmg xminum dah sejak berpantang)..klu teringin sangat boleh la sikit2..tp klu iman xkuat baik xpayah ..hehehe...sekali sekala nak makan xpe..janji jangan lebih2..nak lagi extra boleh bersenam (saya xbersenam pung..xsempat aka malas..eh..).
jadi kesimpulannya ape yang penting jaga pemakanan..sangat mudah dan senang..yang penting bukan nak kurus tau..nak sihat..insyaAllah bonusnya dapat kurus juga...selamat mencuba..(^^)~
Sunday, January 15, 2012
~ 13 januari @Garden
Sabah bah..~(^^)
Tuesday, December 20, 2011
Monavie
| Jus Monavie Pulse (Merah) | |
| |
| Jus Monavie Hijau | |||||||
PERNAHKAH ANDA MAKAN 19 JENIS BUAH-BUAHAN DALAM 1 HARI ? Pengambilan buah-buahan yang secukupnya boleh mengurangkan risiko berkaitan kanser, kardiovaskular,diabetes dan lain-lain penyakit kronik. Kita perlu memastikan buah-buahan dari 5 jenis kumpulan warna berlainan iaitu merah,kuning-jingga,putih, hijau dan biru-ungu.Fitonutrien berlainan mempunyai fungsi pengoksidaan berbeza dalam sel kita,dimana lebih warna yang diambil,lagi tinggi tahap perlindungan yang kita perolehi pada badan kita.Kandungannya telah disahkan oleh pakar-pakar antarabangsa mempunyai unsur-unsur anti-pengoksidaan yang amat tinggi serta nutrient-nutrient berkhasiat yang boleh meransangkan penyembuhan luar biasa serta menyediakan pertahanan badan daripada pelbagai jenis penyakit. | |||||||
untuk keterangan lanjut boleh semak di web ini... www.monavie.com..
terima kasih..(^^)~
Monday, December 12, 2011
Walimatul urus 20.11.2011
salam semua...kat sini saya tepek gambar sekitar majlis dari sedara dan kengkawan serta gambar 'out door' dari op saya.. kas toory photography ..nice sweet n lovely picas..luv it..luv it..
(^^)~
terima kasih kepada semua yg hadir...saudara mara & kawan2 yang byk membantu menjayakan majlis saya...terutama kpd mak & keluarga saya yang tercinta...muahhhh...luv uols..
alhamdulillah...
salam semua...Alhamdulillah pada tanggal 19 November 2011 jam 3.30ptg bertempat di Masjid Kariah Ulu Beranang sah sudah saya menjadi isteri kepada suami saya yang tercinta..semoga kami kekal bahagia selamanya..amin..

kepada kawan-kawan semua doakan kebahgian dan kerukunan rumah tangga kami ye..
terima kasih..(^^)~
Tuesday, November 8, 2011
Kepentingan Lecithin

salam semua ..lama x keudarakan..eh..bak kata cik pn. hook.. "mek..blog mu da bersawang".. hihihi..jadi kat sini nak cerita sikit pasal kepentingan & kebaikan Lecithin kepada kita semua.. selamat membaca kawan-kawan..(^^)~
Kepentingan Lecithin :-
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.
Kandungan Lecithin :-
- Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .
- Kolin – satu komponen neurotransmitter
- Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf
- Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan
Kegunaan :-
PALING UTAMA
- Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids)
- Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol
- Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL)
- Membantu kawal paras triglycerides
- Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.
- Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol
PENTING UNTUK FUNGSI OTAK
- Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb
- Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecitin
- Lecitin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecitin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.
UNTUK KAUM TUA
- Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua
- Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb
UNTUK PENGHADAMAN
- Lecitin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman
UNTUK SEL
- Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel
- Choline & lecitin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita
UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)
- Fungsi utama lecitin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.
Kepada mereka yang nak kuruskan badan, memecahkan dan mencairkan lemak terutamanya kolestrol, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan.(^^)
* info ini diperolehi daripada internet ..















